Isi Kandungan :)

Thursday 13 December 2012

8 Disember Hari yang malang :)

Merujuk tajuk kali ni. Rasa agak serious. Namun ada juga yang menyangka ianya kelakar. Tapi bagi aku, bagi aniq, bagi aiman, bagi ejam, bagi kita semua yang terlibat dalam peristiwa yang berlaku pada 8 Disember lalu akan menganggap ianya amat serius. Amat penting. Bagi mereka mungkin kelakar, mungkin lucu. Tapi bagi kami, ini satu pengajaran dan iktibar atas apa yang berlaku.

Tanggal 8 Disember 2012 kami akan ke Tg.Balau beramai-ramai. Ini dirancang bertujuan untuk meraikan sempena tamatnya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Yelaa dah habis exam kan. Mesti mau enjoy punyaa. Korang pun enjoy nak gila kalau dah habis SPM. Hahahah. So kitorang konvoi ke Tg.Balau. Pagi buta Aiman dah terpacak depan rumah aku, bukan main semangat lagi katanya. So aku yang baru balik dari kedai beli barang untuk mak aku pun bergegas bersiap. Aku dan Aiman bersarapan di Restoran Al-Aliff yang berdekatan dengan aku. Setelah beberapa minit Aniq pun sampai dengan modal muka cute dia tu. Huhhhhhhhhh menyampah aku. Lepas tu John, Saiful dgn Ejam pun sampai. Habis makan kitorang terus gerak Esso Tasek. Sebelum sampai Esso Tasek, Ejam memulakan aksi dan sebagai Pendahuluan apabila dia punyai tahap keberanian yang tinggi apabila dia merempuh divider jalan dan terbalik menonggeng diatas jalan raya. Hahahahahahahah. Alhamdulillah dia takde apa2 setakat luka sikit, tapi dia apa ada hal. Steady lek katak. Dah bengang tengah jalan tu, kitorang terus gerak pegi esso tasek.

Lebih kurang 10.30pagi kitorang memulakan perjalanan ke Tg.Balau. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar sehingga ke Pantai Tg.Balau. Sebaik sampai dekat sana, kami mencari tempat parking yang terbaik antara yang terbaik. Kami jumpa satu tempat yang agak strategik. Agak luar biasa. Hahahah, ngade2 betul ayat. Hahah. So aku dengan segera melabuhkan punggung disebuah batu konkrit. Agak panas cuaca disini. Aku menjerit, menyuruh rakan-rakan aku yang lain lekas menukar pakaian dan mandi manda di pantai tersebut. Segera mereka menukar pakaian masing2. Aku hanya memerhati dari jauh gelagat mereka. Sebaik selesai sahaja, mereka terus belari meluru kearah pantai. setelah beberapa jam menghanguskan kulit masing2, mereka kembali ke pangkal jalan. Hahahah Tak puas lagi nak mandi. Pergi sa,bung. Lama jugak aku tunggu tercangok atas motor. degan panas terik, pakai RayBan, topi, baju Puma, Seluar levi's, muka bajet hensem, rambut kerinting mengancam dah kaki bersilang. Hahhhhhh nampak kan mainan dia. Hahahah.


*Kawan aku dari kecik :)



*Member rapat. Ikhmal.


*Time ni datang dia punya mengada+gedik ajak tangkap gambar.


*Ehh, hahahah. Tunggangan aku.

Semua dah hitam hangus rentung semua, dah hensem, diorang naik pergi tandas bilas badan. Dah siap hensem balik dengan muka rentung karat diorang tu. Semua running enjin. Yelaa nak jalan jauhh kan. Semua dah siap, kitorang pun gerak balik, sebelum tu singgah dekat petronas topup minyyak dulu. Kang adaa tengah jalan menolak nanti. Time balik lah paling tak best. Semua cam babi laju je. Konon motor laju. Tahu lah motor aku standard badak lek katak. Suka hati korang je nak tinggal. Hahahah. Kitorang berpecah masa balik, tapi aku tetap saing dengan sayang aku, Aiman. Dia cakap malas nak laju. Tapi takde lah slow mana. 140km/h jugak meter naik. Hahahahah. Sampai dekat susur keluar highway kota tu diorang pit stop sebab nak saing lah konon. Haram semua laju konon motor track. Tp seperti sedia maklum aku dengan aiman saing. Belakang aku ada Ejam dengan Luqman.

Masa dekat jalan Cahaya Baru. Jalan dekat situ korang pun tahu mcm mne kan sempit dia. So masa kitorang tak laju. Dalam 60-80km/h je. Tiba-tiba sampai satu simpang ni, ada motor bangsat main hembus suka ayah dia keluar tak tengok kiri kana. Maybe sakit leher kot. Masa tu kitorang dah dekat sangat. Sangat dekat. Masa motor tu keluar, Aiman sangat dekat, Aiman elak kanan, motor bangsat tu boleh pulak mengimpit kanan. Bammmmmmmm!!!!!!! BERSEPAH dohh abang tu. Yang Aiman motor langgar tiang lampu dia tercampak masuk parit. Aku brek emergency yang betul2 emergency, tak sempat stand motor aku terjun parit pergi dekat Aiman. Dia cakap dia tak rasa kaki, kaki dia takde. Aku try cari jugak mana tahu dah mengalir ikut air parit tu. Hahahah. Alhamdulillah melekat lagi kaki dia cuma keras tak boleh gerak. Aku angkat dia naik atas. Perghhhhhh rabak bhai bila tengok motor. Rabak rabak. Betul rabak. Isghhhh rabak lahhh.








 Rabak gila bhai motor tu. Then Aiman pergi pergi hospital naik ambulans, aniq teman. Aku settle motor aiman. Mujur ada bapak Syafiq tolong bawak trak. So malam tu Aiman datang dekat rumah Aniq, then dia ajak aku dengan Aniq pergi Ipd Seri Alam nak buat report. Sebelum tu Aniq nak cek rim Aiman ada bengkok ke tak. Mas cek tu tangan Aniq tersepit dekat disc brake tu. Pergghhhh lagi ngeri dari Aiman xcident. Lagi rabak habis kuku dia terkopak bhai.


Nampak tu banyak kan darah. Perghhh aku masa tu fikir tangan Aniq dah putus jee. Hahahah So Aku, Aiman dengan Adib bawak Aniq pergi Hospital Penawar. Around jam 11 lebih siap hal Aniq. Then baru kitorang pergi Ipd. Tunggu lagi. Habis siap semua dalam pukul 1 lebih. Mata masing-masing dah kecik dah. Pikir tilam dengan bantal je. Hahahah. Tapi member punya pasal, aku redah. Lagi pun member baik aku kan.  Siap semua tu, bapak Aiman ajak ngeteh, tapi takpa lah pakcik. Ngantuk nihhhhhhh. So kitorang pun balik. 

Sebab ape tajuk tu hari yang malang? Sebab ni lah. Yang jatuh motor nya, yang xcident nya, yang hilang kukunya, yang hilang awek nya. Eh?? Hahahah So Alhamdulillah takde nyawa yang terbang dan melayang naik atas. Semua selamat. Cuma ini satu pengajaran supaya kami lebih berhati-hati lepas ni.

-Siddiq-Aniq-Aiman-
-Family-
-Adik beradik-
-EX GIRLFRIEND. Istillloveyou-
-Semua yang terlibat dalam pembikinan peristiwa-
-Allah s.w.t yang menyelammat kan kami-


-Benda yang berlaku ni, kita tak nak pun sebenarnya. Ada hikmah sebalik semua yang terjadi dekat kita-